Nikmatilah Masakan Melayu Tradisional Asli Di Restoran Pen Mutiara

Sekiranya anda ingin membawa keluarga ataupun rakan niaga ke restoran yang moden yang menghidangkan masakan Melayu tradisi asli, Restoran Pen Mutiara adalah tempatnya!

Restoran kami mewah, bergaya dan kontemporari. Lokasinya cuma 10 minit dari tempat perkilangan Bayan Lepas Free Trade Zone dan 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Selain itu, restoran kami dilengkapi dengan ruang meletak kereta yang percuma, berserta kemudahan internet Wi-Fi dan bilik mesyuarat secukupnya.

Pemain piano kami akan mendendangkan lagu ketika anda menjamu selera. Sekiranya anda ingin menyanyi, kami juga ada menyediakan bilik khas peribadi dengan kemudahan karaoke.

Selain itu, kita juga mempunyai bilik mewah lengkap dengan kemudahan mesyuarat. Anda juga dapat menyewa "ballroom" utama kami yang sesuai untuk perkahwinan ataupun jamuan makan besar-besaran!

Restoran Pen Mutiara di Batu Maung dibuka pada 1 Januari 2006 sebagai usahasama antara Persatuan Nelayan Pulau Pinang dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Di Restoran Pen Mutiara, anda akan menikmati makanan laut yang segar kerana lokasi berdekatan dermaga Batu Maung. Tangkapan laut segar termasuklah ikan bawal, siakap, senangin, udang, kerang, dan sotong dihantar terus dari dermaga ke dapur Restoran Pen Mutiara setiap hari! Jelas inilah tempat kunjungan wajib bagi penggemar makanan laut!

Jangan lupa mencuba hidangan istimewa kami - kari kepala ikan segar.

Selain pelbagai masakan Melayu yang asli, restoran kami juga dapat menyiapkan kegemaran Thailand seperti kerabu mangga dan sup tomyam!

Restoran Pen Mutiara

Memudahkan anda menganjur segala majlis & mesyuarat. Hubungi kami di 04 - 626 4615.